Tuesday, March 8, 2011

~BERSEDIAKAH KITA???~

Bismillahirrahmanirrahim,
Kebelakangan ini aku banyak pula dimaklumkan tentang berita kematian orang. Baik yang tidak dikenali ataupun dikenali, baik yang tua ataupun yang muda. Pelik dan lain rasanya. Tak macam biasa, entah kenapa. Lagi satu, orang lain yang masih hidup pula sibuk mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan yang lain tentang kematian, sampaikan aku sendiripun terasa 'bahang' dekatnya mati. Di laman Facebook umpamanya, mulalah kecoh dengan status-status yang 'menggerunkan' dan menyayat hati. Ini semua gara-gara MATI.

Firman Allah SWT:


كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ

Maksud: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali-Imran, 3: 185)
MATI itu ialah sunnatullah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati. Dan perasaan sedih, takut atau bimbang kepada kematian pula merupakan fitrah atau sifat semula jadi bagi manusia. Menurut Syeikh Uthaimin, perasaan takut (khauf) adalah rasa gelisah yang muncul sebagai reaksi kekhuatiran akan berlakunya sesuatu yang menghancurkan, membahayakan atau menyakitkan. Oleh kerana itulah sesuatu hal yang menjadi hak milik kita, pasti kita akan rasa takut untuk kehilangannya. Handphone mahal yang kita beli, takut sungguh kalau-kalau ada orang mahu mencurinya. Duit yang banyak, risau betul akan berkurang atau dicuri. Jawapan bagi masalah matematik x+1=0 yang kita ketemupun kita terasa berat hati hendak bagi kepada orang lain. Ish, macam-macam...

No comments:

Post a Comment