Sunday, September 25, 2011

Ketenangan dalam kebahagiaan

Sesungguhnya tiada yang penting dalam hidup ini selain daripada mecari ketenangan dan kebahagiaan, suatu anugerah yang tidak dimiliki setiap manusia.

Cinta ini buatmu cukup mesra dan subur.Sesubur taman yang menghijau dan beraneka bunga.Setenang air kolam yang berada di tengah-tengah taman ini.Sesegar angin yang bertiupan membelai sukma yang bergelora kegembiraannya.kerana itu cinta seharusnya membangkit keasyikan ini dan kelansungannya untuk sesiapa saja yang sedang bercinta dan dicinta. Inilah yang menguatkan ikatan kita berdua.

Barangkali, masa sering sahaja menjadi penimbang atau neraca yang mana akan menguji berat perihatinan yang ada.apakah mencukupi tau tidak seperti yang diperlukan.begitulah kehidupan yang mempunyai penolak dan penimbang.

Bersamalah kita berdoa kekasih kepada Hadrat Yang Maha Pemurah agar cinta ini kekal selamanya.Kerana itu, hati kita perlu ikhlas untuk cinta ini.Cinta ini kita sewajarnya menyandarkan padaNya kerana Dia sahaja yang menentukan apakah kekal cinta ini hingga kedestinasi yang kita cari atau sebaliknya.