Friday, March 11, 2011

BERHENTI MENCINTAIMU

saat ku terluka,,,,
kau ada menemani,,,
sempurna hidup aku,,,
bersama tika ada kamu,,,
tp bila,,,saat ku mau mencinta,,,
kau berpaling menoleh dia,,,
sakit,,,hati ku bagai terhiris,,,


 seharusnya aku pergi,,,
seharusnya aku tidak di situ lagi,,,
bila melihat kau bahagia,,,
seharusnya ku pergi jauh,,,
jauh dr hidupmu,,,

xada yg peduli sakit hati inie,,,
andai sudah suratan dari ilahi,,,
ku mohon berhenti merinduimu,,,
berhenti mencintaimu,,,
bukan ku membenci,,,
tapi aku terlalu sakit untuk menanggung semua ini,,,

Tuesday, March 8, 2011

Sikap Yang Baik dan Suka Memberi Pertolongan Adalah Akhalk Terpuji

millahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari kiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari kiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu."
(Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Berdasarkan hadis di atas sikap yang baik dan sanggup memberikan pertolongan adalah akhlak terpuji yang sangat dicintai oleh Allah S.W.T. Setiap orang mukmin akan berusaha sebaik mungkin ketika di dunia ini untuk melakukan amal soleh dan amal kebaikan semoga dirahmati dan diredai oleh Allah S.W.T samaada di dunia dan akhirat.

Amalan tersebut adalah seperti berikut :

1. Memberi manfaat kepada orang lain.

2. Mengembirakan hati orang Islam.

3. Menghilangkan kesusahannya.

4. Menunaikan keperluan hidupnya dan memberi makan orang yang lapar.

5. Menunaikan hajatnya.

6. Menahan kemarahannya sekali pun dia mampu membalasnya.

7. Akhlak yang buruk akan merosakkan amalan

~BERSEDIAKAH KITA???~

Bismillahirrahmanirrahim,
Kebelakangan ini aku banyak pula dimaklumkan tentang berita kematian orang. Baik yang tidak dikenali ataupun dikenali, baik yang tua ataupun yang muda. Pelik dan lain rasanya. Tak macam biasa, entah kenapa. Lagi satu, orang lain yang masih hidup pula sibuk mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan yang lain tentang kematian, sampaikan aku sendiripun terasa 'bahang' dekatnya mati. Di laman Facebook umpamanya, mulalah kecoh dengan status-status yang 'menggerunkan' dan menyayat hati. Ini semua gara-gara MATI.

Firman Allah SWT:


كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ

Maksud: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali-Imran, 3: 185)
MATI itu ialah sunnatullah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati. Dan perasaan sedih, takut atau bimbang kepada kematian pula merupakan fitrah atau sifat semula jadi bagi manusia. Menurut Syeikh Uthaimin, perasaan takut (khauf) adalah rasa gelisah yang muncul sebagai reaksi kekhuatiran akan berlakunya sesuatu yang menghancurkan, membahayakan atau menyakitkan. Oleh kerana itulah sesuatu hal yang menjadi hak milik kita, pasti kita akan rasa takut untuk kehilangannya. Handphone mahal yang kita beli, takut sungguh kalau-kalau ada orang mahu mencurinya. Duit yang banyak, risau betul akan berkurang atau dicuri. Jawapan bagi masalah matematik x+1=0 yang kita ketemupun kita terasa berat hati hendak bagi kepada orang lain. Ish, macam-macam...

Monday, March 7, 2011

CINTA@TARBIYYAH CINTA@

Dahulu…
Aku didekatinya..
Aku mula mengenalinya…
Hati dan budinya….
Hingga terlafazlah janji untuk bersama….

Saat itu..
Hari-hari kulalui dengan hati yang gembira….
Kerana mengetahui ada insan yang menyayangi….
Mengambil berat akan diri….
Biarpun tidak pernah bersua…..
Biarpun jauh jarak yang memisahkan….
Tapi ia bukanlah penghalang kami bersama….

Teringat kata pepatah “cinta itu buta”…
Barangkali cinta itu tidaklah buta….
sedang ia dibutakan oleh si pemabuk cinta….

Hinggalah di suatu masa….
Aku menangis…..dan menangis…..
Kesepian…..kekosongan….
Teraba-raba mencari sesuatu…..
Biarpun tika itu ada insan yang menyayangi…..
Tapi bukan itu yang aku dimahukan….
Bukan itu yang dicari…..

Masanya tiba….
Takdir-Nya....
Aku didatangi insan yang menjadi perantara-Nya…
Membimbing dan mendidik diri ini…
Tika inilah aku mula mengenal erti tarbiyah….
SUBHANALLAH…..ALHAMDULILLAH…..ALLAHUAKHBAR….
Anugerah Allah yang tidak terhingga….
Betapa bersyukurnya diri….
Segala di benak fikirku akhirnya terjawab…..
ALLAH……inilah yang kucari-cari selama ini…

Si dia pencintaku dahulu aku tinggalkan….
Bersama janji cinta palsu yang pernah dilafazkan….
Demi mengejar cinta-Nya…..
Cinta yang hakiki….
Demi mengapai redha-Nya dan keberkatan-Nya….

Menyedari kekhilafan laluku….
Aku bangkit…..
Tekad dan azam di hati kupadukan….
untuk tidak mengulanginya lagi….
Biarpun banyak mulut yang berkata….
Tidak aku peduli…..
Kerana inilah jalan hidupku….
Jalan yang kupilih….

Ya Allah...
terima kasih atas kurniaan-Mu....
Aku bahagia....
bahagia akan segala kurniaan-Mu....
bahagia berada di jalan ini...
brsama akhwat2ku....
yang banyak membantuku...
tatkala imanku mula goyah...

Ya Allah, Kekuatan kupohon pada-Mu…..
Agar terus istiqomah di jalan ini….
Selama-lamanya….
Hingga penghujung nyawaku….
Amin….
Cinta tarbiyyah cinta

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

CINTA SELAMANYA...

YA ALLAH,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang,
yang melabuhkan cintaku padaMU..
agar bertambah cintaku padaMU...

YA MUHAIMIN,
jika aku jatuh hati..
izinkanlah aku menyantuh hati seseorang,
yang hatinya bertaut padaMU..
agar tidak terjatuhaku kedalam jurang cinta nafsu..

YA RABBANA,
jika aku jatuh hati..
jagalah hatiku padanya..
agar tidak berpaling drpd hatiMU..

Friday, March 4, 2011

PERPISAHAN

seorang teman, 
bila bjauhan, dia akan mnangis kerana wndu...
n bila dekat dia akan mnangis kerana takut bpisah...
jika hari ini ia datang...
jangan biar ia berlalu pergi...
jika esok ia bertandang....
jangan harap ia kembali lagi...
sesungguh nya...
yang indah itu ptemuan,
yang manis itu kemesraan,
yang pahit itu perpisahan...
yang tinggal hanyalah kenangan..

=(